TURKI KUTUK SERANGAN BOM FOSFOR RUSIA DI SYRIA
https://bariqunnury.blogspot.com/2016/06/turki-kutuk-serangan-bom-fosfor-rusia.html
ANKARA - Kementerian Luar Negeri Turki menerbitkan sebuah kenyataan pada hari Rabu mengutuk serangan Rusia di Syria, Anadolu Agency melaporkan, Rabu (22/06/2016).
"Demi kemanusiaan ini tidak boleh diterima bahawa Persekutuan Rusia, anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, menggunakan semua jenis senjata dan peluru terhadap warga awam seperti rejim," isi pernyataan tersebut.
Kementerian Turki mengatakan rakaman siaran yang menunjukkan pesawat pejuang Rusia menggunakan munisi pembakar cluster dan bom fosforus di daerah Aleppo selama dua hari terakhir "sangat membimbangkan."
Sebuah saluran televisyen negara Rusia menyiarkan rakaman pada hari Selasa menunjukkan pesawat pejuang Rusia melakukan serangan udara di Syria dengan peluru tersebut, menurut Pasukan Penyiasatan Khas Konflik (the Conflict Intelligence Team-CIT), lembaga intel open-source.
Pada bulan September 2015, tentera Russia memulakan serangan udara di Syria yang banyak dikritik atas permintaan rejim Bashar al-Assad.
Mac ini, Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan penarikan sebahagian pasukannya dari Syria, mengatakan bahawa operasi mereka telah mencapai matlamat.
Syria telah terkunci dalam perang global sejak 2011, apabila rejim Syiah Nushairiyah Assad menumpaskan protes unjuk rasa yang meletus sebagai sebahagian daripada perjuangan Musim Semi Arab (Arab Spring).
Sejak itu, lebih daripada satu perempat juta orang telah terbunuh dan lebih daripada 10 juta menjadi pelarian di seluruh negara yang dilanda perang, menurut PBB.
Walau bagaimanapun Pusat Penyelidikan Dasar Syria (The Syrian Center for Policy Research) menyebutkan korban tewas dari konflik enam tahun tersebut berjumlah lebih dari 470.000 orang.
David | Anadolu Agency | Jurnalislam
Posting Komentar